KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, ditemui selamat ketika berjalan berseorangan di kawasan lot kedai di Sri Rampai di sini, pada 2.28 pagi tadi.
Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, penemuan anaknya itu oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dimaklumkan kepadanya oleh Unit Rondaan Kawasan Rukun Tetangga Sri Rampai.
"Siti Dhia Batrisyia telah diserahkan kepada saya dan ketika ini kami berada di Hospital Kuala Lumpur bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas anak saya ini,” katanya.
Terdahulu, beliau turut berkongsi berita melegakan itu dalam kemas kini terbaharu di Facebook kira-kira 6.45 pagi.
"Allahuakbar...Allah Maha Besar. Dengan segala doa-doa serta pertolongan dari semua orang anak saya Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar telah dijumpai dengan selamat. Kami jumpa dia berjalan berseorangan pada jam 2.28 pagi,” katanya.
Syarifah Rosfazila turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan polis IPD Dang Wangi atas usaha mengesan anaknya itu.
Bernama sebelum ini melaporkan ibu kepada Siti Dhia Batrisyia itu percaya anak perempuannya bertindak keluar dari rumah di Pudu di sini disebabkan oleh perselisihan faham. - Bernama
Bernama
Sun Mar 17 2024
Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, ditemui selamat ketika berjalan berseorangan di kawasan lot kedai di Sri Rampai di sini, pada 2.28 pagi tadi.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat, lapan saksi diambil keterangan
Noor Dellhan berkata setakat ini, seramai lapan orang saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat - Ibu
"Allahuakbar... Allah Maha Besar."
Kehilangan Siti Dhia: Polis rakam keterangan lima individu
Lima individu telah dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12.